~@~ ... " Excellence can be attained if you CARE more than others think is wise, RISK more than others think is safe, DREAM more than others think is practical, and EXPECT more than others think is possible" .. ~@~














sayangcombi
December 13th
Female
Malaysia



~ BACK 2 GeMa WaHyU's sIte ~





~ AnDai AkU ~




....Andai aku
Bisa mengulang kisah silam
Pasti ku mencuba
Mengukir kembali
Kisah kehidupan diri ini

Ohooo..
Andai aku
Bisa diberikan peluang
Pasti ku mencuba
Menggapai impian
Yang selama ini kucita

Namun hanya
Harapan yang kita impikan
Tak mungkin terjadi walaupun hanya seketika
Ia kan tetap berlalu

Ohooo..
Harus aku
Biarkan semuanya berlaku
Walau ku tersiksa
Hadapi segala
Sudah suratan yang Maha Esa

Redha menerima segala rintangan
Jadi pedoman kesilapan lalu
Kupohon Restu Cinta yang Satu
Kupercayakan pada KudratNya





... Ya Allah wahai Tuhanku
Di atas segala keputusanMu
Aku sebagai hambaMu
Sanggup untuk menerimanya
Walaupun ia pahit bagiku
Aku tetap terima jua
Kepahitan ini perlu untukku
Agarku rasa rendah diri...

...Untuk aku merasa lemah
Agar aku tidak sombong
Juga tidak pemarah dan besar diri
Untuk aku contohi Rasulullah tercinta
Yang mampu merendah diri
Sedangkan Baginda begitu mulia

...Wahai Tuhan aku redha
Dengan ujian ini padaku
Aku cuba untuk bersabar
Sepanjang ia berlaku padaku

....Ujian itu penghapusan
Dosa-dosa yang kulakukan
Wahai Tuhan bantulah aku
Untuk menerima takdirMu ini

....Dan bantulah aku untuk meyakini
Dengan kebaikan yang Engkau janjikan
Yang Engkau janjikan bersamanya
...Sesungguhnya ku yakin sekali
Sesudah ujian ini, ada nikmat yang akan berlaku
Jangan sia-siakan keyakinan ini
Itulah harapanku di dalam ketakutan ini
Perkenankanlah wahai Tuhan
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...







<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30




online



~ KaTa2 EmaS ~


"....Sabar itu kunci pembuka pintu kebahagiaan dan senjata utama untuk melepaskan diri dari bahaya kecil dan besar..
Sabar itu membuat manusia menanggung penderitaan ...
ujian dengan mudah dan menanggung segala cubaan dan kesusahan dengan tenang ...
~SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN~"






~ KliK SinI ~


~ NoveL BesT ~








"...Angin lara hadir menyapa
membawa cerita lama...
..Angin malam hadir
dengan membawa kenangan semalam...
Angin lalu hadir bertamu
menyanyikan lagu rindu ...
Angin bayu selembut salju
membelai hati dan perasaan..
Lantas aku teringatkan kenangan lalu..."





~ SayaNg Combi'S sHouT! ~


Name :
Web URL :
Message :


~ Teman SeJati ~




..Engkaulah temanku..
Tempatku mengadu..
Tika tawa dan pilu..
Tetap bersamaku..
Teman yang ku kasihi...
Akan ku hargai...
Engkau kan ku abadi...
ku pinta oh Tuhan...
Agar berpanjangan..Sebuah persahabatan...
Penuh keikhlasan....






~KaSiH sAyAnG~




....Umpama air yang mengalir
Sentiasa seiringan satu haluan
Itulah hakikatnya kasih sayang
Yang mekar subur di hati kita
Kasih sayang bak bunga di taman
Harus dijaga dan dibajai
Pastikan ia subur sentiasa
Agar harum harumannya dapat dirasai
Kasihlah kita sesama manusia
Seperti kasih baginda pada kita
Abadikanlah di dxalam jiwa
Kerana itulah kewajipan kita
Hapuskanlah segala persengketaan
Eratkan kembali persaudaraan
Jalinkan kemesraan antara kita
Syurga abadi menanti di sana
Mari kita rapatkan ukhuwah
Kerana itulah tuntutan agama
Pasti kita akan bahagia
Hidup aman dan sejahtera




Ada hal hal yang tak ingin kita lepaskan..
orang yang tak ingin kita tinggalkan..
Tapi ingatlah....
melepaskan bukan berakhir segalanya..
Melainkan permulaan
sebuah kehidupan yang baru..

Kita hanya merancang..
Allah jualah yang Maha Berkuasa
menentukan segalanya..

semoga kita dipimpin oleh Allah..
dalam setiap tindakan
dan menjadi hamba yang tahu ..
bersyukur .. baik ketika senang
mahupun susah..
siapapun kita didunia ini...
Disisi Tuhan kita hanya layak digelar HAMBA..

Dalam kehidupan seharian,,
kita mempunyai amanah yang telah
diletakkan di bahu kita sejak azali lagi..
ingatlah...kita ini akan kembali
kepandaNya jua..
Pada waktu dan ketika,,
yang telah diaturkan Nya..

Semoga peluang nafas
yang masih diizinkan ini,,
Mampu untuk menjadikan kita,,
Hamba hakiki disisiNya...







~TuNaikanLah YanG WajiB~








~My Heart~




..Disini kau dan aku.
terbiasa bersama.
menjalani kasih sayang.
bahagia ku denganmu...

.pernahkah kau menguntai
hari paling indah.
ku ukir nama kita berdua.
disini surga kita .

bila kita mensintai yang lain.
mungkinkah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah .
sayang ku akan hilang.

if u love somebody.
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn't risk my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart...

pernahkah kau menguntai
hari paling indah.
ku ukir nama kita berdua.
disini surga kita .

bila kita mensintai yang lain.
mungkinkah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah .
sayang ku akan hilang.

if u love somebody.
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn't risk my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart...



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




RSS Atom
rss feed


--Butterfly by Outlaw--
Layout by Monique

BLOGDRIVE
TEMPLATES

Butterfly Moments


Tuesday, October 13, 2009
~ kembali bersua ~

Kembali bersua setelah lama mendiamkan diri ... Terlalu lama rasanya aku tinggalkan dalam bidang ini .. Terasa bagaikan hilang kata2 dan hilang segala idea untuk aku coretkan didalam skrin ini ... dan setahun lebih aku rasakan bagaikan sekejap saja masa berjalan .. dan setahun lebih ini juga aku bergelar seorang isteri .. dan masih lagi belum bergelar seorang ibu ...

Terasa sedikit kecewa jugak .. tapi ini semua aku tahu .. Allah ada janjiNya utk hambaNya ...Aku redha dan terima segala ketentuanNya ... Aku jugak panjatkan rasa syukurku kerana kurniakan seorang suami yang amat2 aku sayangi dan amat2 baik hati ... ehem ehem ... hehehe ... Sekarang dah masuk 8 bulan aku memegang status surirumah yang terhormat ... macam2 aku buat kat rumah ... suamiku kerja sedari 9 pagi hinggalah ke lepas maghrib ... kekadang seksa jugak aku menunggu .. ye lah .. siapa yang tak jemu duduk sorang2 ... yang teman aku hanyalah kucing2 ... hmmm ...

Kekadang terasa jemu teramat .. aku hubungi mak .. ajak jalan2 cari pasal ... mujurlah rumah mak aku dekat dengan aku .. kalau tak ...
Shades ...

Banyak jugak cerita dan perjalanan aku semasa aku tinggalkan menaip nie ... tahun ini jugak tanggal 1 sya'ban baru nie ( 23.7.2009) abang aku yang nombor dua O.K.U pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya ...Memang terasa sangat2 atas pemergian arwah .. yang mana dia seorg yang ceria .. penghibur keluarga .. peneman mak dan bapa tika kami adik beradik yang lain tak ada ... Takde sakit pening pun masa pemergian Arwah .. hanya penyebab ( terlekat makanan )

Pagi sebelum arwah pergi ... aku dan suamiku sempat bergurau dengannya ... sebelum tu seminggu aku dirumah mak ...aku pulang kerumah pagi itu kerana suamiku nak kerja ..cadangnya esok ( jumaat ) aku akan pulang semula ke rumah mak sebab suami ku selalu solat jumaat di sini ..

Tepat org solat maghrib aku dapat panggilan dari bapa .. aku ingatkan diorg nak datang rumah ... dari corong telefon aku dengar bapa suruh aku mengucap dulu ... selalunya bapa selalu bergurau bila call ...mulanya aku ingatkan bapaku bergurau ... bila bapa sebut - fadhli dah kembali ke rahmatuLLah - memang betul2 aku ingat bapa bergurau .. Last2 bapa kata .. tak baik bergurau benda2 mcam ni ...tak sempat nak letak telefon aku meraung bagaikan kena sampuk ... tengah2 maghrib pulak tu ...

aku tak percaya lalu aku call abang sulongku ... dia pun tak berapa pasti .. dan masa tu dia dalam perjalanan ke hospital ke bilik mayat utk pastikan ... aku call adik .. off handphone .. aku tunggu suamiku balik dari surau ... bila nampak ja suamiku balik .. aku terus peluk dia .. dia masih tertanya2 lagi kenapa .. baru aku bgtau bila tenang sikit ...lepas tu aku terus capai tudung dan pergi bersama suami ke hospital di bilik mayat ... sesampainya disana .. aku nampak anak abangku(1 tahun ) berlari2(budak2 masih mentah)

aku tengok kakak ipar dan abangku menahan tangis .. dan abgku bawa aku dan suami lihat jenazah .. masa tu YA ALLAH .. tak sanggup rasanya utk berdiri lagi .. aku hampir rebah ...suamiku pelukku erat menenangkanku ... kau pergi jua akhirnya dengan keadaan dan wajah yang amat tenang sekali ... mak aku baru kembali dari surau .. menangis lagi aku dengan mak .. maklumlah aku hanya ada 4 beradik saja ..bapa dan adik aku ke balai polis utk buat report nak keluarkan mayat ... mak aku tak benarkan pihat hospitak utk bedah siasat ... abang ku bukannya mat rempit atau penangih atau peminum ... dia hanyalah seorang yang kurang upaya yang hanya dibantu untuk buat apa saja ... jadi pihak hosp. setuju .. Alhamdulillah ..

Mak ceritakan pada kami detik2 tragis itu ... masa tu mak dengan arwah di ruang tamu sambil tengok budak2 main bola dipadang depan rumah ... arwah asyik ketawa .. sambil mak suapkan air dan biskut .. masa suapan yang ke 4 .. arwah seolah macam tersekat sesuatu .. mak aku masukkan air supaya senang lepas makanan tadi .. tapi tak boleh jugak ..arwah masa tu dah sesak nafas dah .. mak aku menjerit panggil adikku .. masa tu adikku cuba segala macam nak tolong arwah .. tapi tak berjaya ... kaki abangku dah mula membiru ...mak terus hubungi bapa supaya cepat balik ...adikku keluar berlari mencari bantuan jiran .. malangnya siapa pun tak dak ... ada pun mereke ingat aku dan adikku bertengkar .. masa mak aku menjerit mereka ingat mak aku kena histeria .. Macam2lah .. last2 bapa aku balik terus tinggalkan rumah tanpa berkunci dan kunci motor masih kat motor .... diorg ber 4 terus naik kereta menuju ke hospital ...

Adikku pandu dengan laju sekali .. Kebetulan masa tu dekat jalan nak keluar ke hosp. ada festival kedah sejahtera .. kereta tersekat selama 20minit .. arwah dah kelemasan ...semua dah panik .. last2 yang bagi jalan CINA .. bukannya MELAYU ... sempat sampai dihospital .. arwah ditolah diatas katil oleh jururawat dan doktor .. tak lama mana pun doktor keluar dan menggelengkan kepala ... Innalillah ... kelu tak terkata ...doktor cakap tak sempat sampai kebilik rawatan ..arwah dah menghembuskan nafasnya .....

aku , suami , kakak iparku serta anaknya pulang dulu kerumah mak utk buat persediaan bila  arwah kembali kerumah ... sesampainya dirumah mak ... segalanya dah tersedia tersusun .. semuanya jiran2 serta sahabat2 bapa dan mak aku yang siapkan ... yang lelaki terpaksa pecahkan kunci pagar sebab kebetulan masa tu makcik aku datang .. tengok pintu tak berkunci lalu dia kunci .. itu sebab diorg pecahkan kunci pagar rumah mak aku ..Alhamdulillah ... segalanya teratur dan berjalan dengan lancar ...

Dah dekat pukul 11 malam barulah jenazah abangku tiba dirumah ... ramai org masa tu ..sanak saudara pun dah ada ... esoknya jenazah abangku disiapkan kafankan oleh seorg alim ... bersama suamiku ..abang dan yang lain2 ... perasaan tak dapat dibendung .. sedih tak terungkap bila lihat saat akhir wajah arwah abangku itu ...Arwah selamat dikebumikan dengan nenekku yang meninggal 10tahun dahulu .. Al-Fatihah utk Arwah abangku ... fadhli bin Abd Rahman ..

Posted at 10/13/2009 5:41:26 am by sayangcombi
nak komen?  

Wednesday, August 08, 2007
~ hari hari yang indah ~

Dengan nama Allah ....

AlhamduliLLah aku masih lagi mampu utk menjalani kehidupan di atas bumiNya nie ... Dan AlhamduliLLAh juga sejak kebelakangan ni kehidupanku bertambah bahagia ... moga2 kekal .. amin ...Aku amat2 bersyukur dengan apa yang telah Allah beri padaku ...

Terlalu lama juga aku tak jenguk bilik nie .. tapi alhamdulillah masih lagi bersih ... huhu .. bukannya apa .. sibuk sikit kesana kemari ... Yang paling2 aku bahagia sekali ... tentang result aku ... tapi aku kene tunggu dulu sebelum aku boleh balik tahun ni jugak .. insyaAllah ... moga aku najah ... tak lupa jugak pada sahabat2aku ...

Baru2 nie ... apa yang aku tunggu2 .. rindu2 dah pun kembali ... :) kembali dengan perubahan yang baru .. Sekali lagi laku panjatkan kesyukuran padaNya .. terima kasih juga pada dia ... Big Smile .. moga Allah berkati hidup ni dan hubungan ini ... amin .... Kali ni aku dapat rasakan perbezaannya ...thanks dear ....

Posted at 8/8/2007 8:37:34 am by sayangcombi
nak komen?  

Saturday, July 07, 2007
~ BicaRa ~

BismiLLahiRRahmaniRRahim ...

Salam sejahtera .. Moga apa yang telah aku jalani dan aku lakukan dalam hidup dan perjalanan ini di redhai olehNya .... Amin ...

Hari2 yang aku lalui penuh dengan macam2 dugaan .. tapi yang pastinya pada cuti2 mesir nie .. terlalu banyak perkara yang membosankan ... Dan jugak .. debar menanti keputusan peperiksaan sudah cukup untuk membuatkan jantungku rasa bagaikan ingin gugur .. terlalu gementar ... Hanya Allah saja yang tau ... Moga Allah berikan kejayaan pada aku dan juga kawan2 ku ... Amin ...

Rasa kali nie terlalu lambat waktu berjalan ... dalam keadaan aku yang macam ni .. aku gagahkan juga utk kuatkan kesabaran menanti detik2 itu .. dan yang paling aku tunggu2 adalah menanti bilakah tibanya dia disampingku ... Kadang2 kesabaran aku goyah ... bila macam tu .. secara tiba2 buatkan hati aku jadi cepat tersentuh .. tergugat .. dan marah ... dan secara tak lansung kenangan2 yang tak pernah aku minta utk hadir dalam hidupku .. kembali terusik ...aku amat benci kenangan2 yang lepas .. bila aku ingat .. aku akan jadi marah .. marah pada kenangan tersebut  dan marah pada org yang cipta kenangan itu ... aku benci dengan perkara tersebut ..

Aku akan berfikiran negatif bila aku ingat kenangan itu .. aku cuba tepis .. tapi kenangan tu berjaya juga usik emosi aku ... aku takut kenangan yang sama berulang lagi .. takut sangat2 ... maklumlah .. bila berjauhan memang berlaku jugak perkara2 yang buatkan hati aku tergugat .. walaupun aku tak tahu .. tapi hati aku tetap terasa ... kadang2 aku rasakan macam aku nie tak boleh utk bersuara ... tak boleh utk kritik ... bila aku kritik atau bgtau apa2 perkara ... tetap jugak aku dipersalahkan atau dengan erti kata lain aku suka kritik .. ( tak pandai nak jaga perasaan pihak2 tertentu ) memang aku macam tu kot ...

Susah utk kita faham hati seseorang ... bila mula bercakap .. takut ada yang terasa ... bila mula diam .. pun ada jugak yang terasa ... apa harus aku buat dan apa cara yang perlu aku lakukan utk bahagiakan ORANG ? kadang2 bila aku fikirkan balik ... apa gunanya aku ? apa gunanya aku ada mulut ? apa gunanya aku ada hati ... hati ?? Bercakap soal hati ... banyak hati yang perlu aku jaga .. tawan ... Tapi aku ? hati aku ? ada ke org nak jaga ? bila aku ingin menangis .. mula lah ada yang kata aku terlalu MENGADA2 ... kadang2 perasaan aku payah utk orang jaga ... payah utk org dengar luahan apa yang ada dalam hati aku ... bila jadi macam tu ... aku ambik keputusan utk pendamkan apa yang aku rasa ... kadang2 senang org cakap .. luahkan perasaan tu diatas sehelai kertas .. tulis .. tulis dan tulis .. memang boleh tulis ...

Boleh fikir tak ? kertas tu boleh ke tenangkan perasaan ? boleh ke berbual dngan kita ? boleh ke mendengar ?Kadang2 aku perlukan seseorang yang boleh dengar luahan aku ... aku pun ada jugak hati dan perasaan ... hmm .. ntahlah ... kadang2 org je nak kita faham hati dan perasaan diorang ... aku tidak ??hmmm ..ntah lah ... aku bukannya teringin sangat perasaan aku org faham .. tapi sekurang2nya fikirkanlah juga tentang aku dan diri aku ... nak suruh aku kuat ... macam mana ? cakap memanglah senang suh aku kuat .. jngan lemah ... sabar ... kadang2 semua tu ada tahapnya ... nak suh aku kuat ... tapi kadang2 buat jugak bg aku marah ... sedih dan seumpama dengannya ... ntahl;ah ... bila aku fikirkan bosan juga ... bila aku tak nak fikir ... tak boleh ..sbb datang jugak perkara2 yang menyakitkan aku ...

Tapi kalau boleh ... aku minta sikit .. tolonglah cuba untuk memahami diri nie ... tolong sangat .. berilah ruang dalam hati tu utk ada sikit fahami aku .. aku juga manusia .. manusia yang ada kelemahan .. yang tidak sekuat mana ...

sekian saja untuk kali nie .. dengan penuh kelemahan aku mohon maaf kalau ada terasa dengan kata2 ini ... aku .. penuh dengan kelemahan .. tak mampu utk ....

WaLLahu A'lam

 

Posted at 7/7/2007 6:11:05 am by sayangcombi
nak komen?  

Friday, May 25, 2007
~ buat Yang Tersayang ~

Buat yang disayangi ... Maaf atas segala kesulitan dan maaf diatas apa yang telah berlaku ...

Dia telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih takkan terhenti
Ini bahagia yang ku cari

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu

Tuhan memuji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga

                                              

Moga ikatan nie akan terus kekal hingga keakhirnya ... Setia selamanya insyaAllah ....

Posted at 5/25/2007 10:44:17 am by sayangcombi
yang dah komen (2)  

Tuesday, April 10, 2007
~ tiada kata yang dapat diungkapkan ~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ...

Alhamdulillah masih lagi dapat aku menghirup udara di bumi Allah ini .. Rasa sejuk sangat udara hari ni berbanding semalam .. mungkin cuaca dah betul betul nak berubah ke panas .. apapun aku tetap bersyukur ... bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan .. Semalam hari perayaan Syammun Nasim .. ( perayaan musim bunga ) yang mana perayaan nie telah diraikan sejak dulu kala lagi sehinggalah ke hari ini .. ramai la penduduk mesir ni akan keluar bersiar2 atau berkelah dengan keluarga tak kurang juga ada yang memancing .. aku kurang pasti macam mana ..

Dan semalam juga .. kakak2ku dengan suami2 serta anak2 mreka datang ke rumahku .. datang mengambilku untuk melawat salah seorang dari sahabat kami bersalin .. semasa perjalanan ke sana .. alhamduliLLah sampai dengan selamat .. dan dalam perjalanan pulang ke rumah ku .. sampai di satu jalan .. tetiba ada sebuah kereta dihadapan kereta yang kami naiki tetiba berhenti secara mengejut .. Dan alhamdulillah kereta yang kami naiki sempat berhenti dari terkena kereta tersebut ... dalam keadaan yang tak disangka sangka .. rupa2nya ada lagi 3 biji van serentak terlanggar kereta yang kami naiki dari belakang .. tapi AlhamduliLLah .. tak ade apa apa yang berlaku ..

Syukur sangat2 .. kami masih lagi selamat ... cumanya kepala aku sikit sakit sebab terhantuk di belakang .. tapi semuanya dah kembali normal .. Allah masih lagi bagi peluang padaku dan semua yang ada semalam untuk teruskan kehidupan seperti sedia kala .. alhamduliLLah ...

^^^^ aku nie jenis yang suke suruh org cakap ikut aku je ke ? ^^ WHY ????

 

Posted at 4/10/2007 7:24:03 am by sayangcombi
nak komen?  

Sunday, April 08, 2007
~ bismillahirrahmanirrahim ~

Ku mulakan dengan lafaz suci .. BismiLLahiRRahmanirRahim ...

Alhamdulillah aku masih lagi boleh untuk menaip beberapa rasa dalam lama ku ni yang telah lama ku biarkan ia bersarang .. sepertimana bersarangnya sisa2 kepedihan dalam hati ini ... tapi still boleh hidup seperti biasa .. AlhamduliLLah .. apapun aku turut rafa'kan rasa syukurku padaNya kerana memberi peluang padaku untuk teruskan kehidupan diatas bumiNya ini ..

Dalam hari hari yang kulalui tanpa dia disini .. sedar tak sedar masa dah pun berlalu .. dah 2 bulan 6 hari dia berada ditanah air .. bersama sama dengan keluarganya yang dicintai .. Hmm ... ntahlah apa yang ingin aku katakan ... yang pastinya aku tak tau apa yang aku rasakan ... Macam lain macam je aku rasakan .. aku pun tak tau kenapa .. maybe perasaan aku kot ... hmm ntah lah ...

Aku dah disyaratkan utk call malaysia untuk sebulan sekali je ... ye ke aku boleh tahan ? insyaAllah .. tak pe tak pe ./.. demi kebaikkan aku jugak .. takpe lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh .. tak marah punnnnnnnnnnnnnnnnnn .. dah lah ... malas dah nak taip ......

YA Allah .. bantulah hati ini ya Allah .................................. amin ....

 

Posted at 4/8/2007 11:06:47 am by sayangcombi
yang dah komen (1)  

Tuesday, February 06, 2007
~ erMmM ~

Ermm .. lama betul tak jenguk sini .. bukan kekerinan idea atau apa apa .. sibuk pun tak ... walaupun imtihan dah lama berlalu .. tapi ntahlah ... terlalu malas pulak .. kali nie rasa ter rajin lak nak taip dalam nie ...

Alhamdulillah imtihan fasa pertama dah pun berlalu .. nak kata tak boleh buat .. tak jugak .. nak kata boleh buat .. hanya Allah saje yang tau .. Wink.. hanya mampu aku berdoa dan bertawakkal aje ... semua dah pun aku lakukan ... hanya tunggu keputusannya sahaja ... Moga najah ... berjaya .. amin ...

hari nie dah tanggal 6.02.2007 .. dah masuk 4 hari dia pulang ke tanah air .. rindu sangat rasanya ... hmm .,.. tapi aku harus bersabar ..bukannya balik lama pun ..  dan tak lama juga insyaAllah aku juga akan melangkah pulang ke tanah air juga .. amin .. harap2nya ... apa lah yang dibuatnya sekarang ? hehe .. saje je tanya .. padahal msg dah pun dihantar mengatakan nak ke masjid menunaikan solat isya`.. alhamduliLLah ...

Alhamdulillah syukur sangat ku panjatkan padaNya .. sebab kini .. masalah yang sering berlaku dulu dah pun kembali pulih .. segalanya dah berubah .. syukur ya Tuhan ...sekarang .. JANGAN NAKAL2 TAU ..  apa lagi ye .. aku pun tak tau apa yang nak ditaip lagi .. susah sangat nak menyusun kata .. hmm ...

oklah dulu buat masa nie .. ada masa .. adalah lagi ye ... huhu .. bahasa melayu pun dah tak betul susunanya .. macam berterabur je .. ye x?

waLLahu a'lam

 

Posted at 2/6/2007 7:52:14 am by sayangcombi
nak komen?  

Monday, December 04, 2006
~ belum berkesempatan ~

 

 

 

               Belum sempat untuk meng`update`kan page nie ...

Posted at 12/4/2006 9:20:30 am by sayangcombi
nak komen?  

Tuesday, October 03, 2006
~ My Heart ~

.:: My HearT ::.

Disini kau dan aku ,

terbiasa bersama

Menjalani kasih sayang

Bahagia kudenganmu ..

Pernahkah .. kau menguntai ..

Hari paling indah ..

Ku ukir nama kita berdua

Disini Surga kita ..

Bila kita mencintai yang lain

Mungkinkah hati ini akan tegar (kuat)

sebisa mungkin ..tak akan pernah ..

sayang ku akan hilang ..

If u love somebody

Could we be this strong

I will to win

Our love will conquer all ..

Wouldn't risk my love

even just one night

our love will stay in my heart ..

... MY HEART ...

                                                                   

 

 

Posted at 10/3/2006 10:58:16 pm by sayangcombi
yang dah komen (2)  

Wednesday, August 23, 2006
~bertemu kembali~

BismiLLahiRRahmaniRRahim ...

Hari nie .. tanggal 25 rejab 1427 hijrah bersamaan 23.8.2006 .. aku telah dikejutkan dengan satu berita ... yang kurasakan bagaikan mimpi ... waduh2 ... apa berita tu ? BIARLAH RAHSIA aku dan dia .. ahaks .. yang pastinya gembira bgku dengan berita tersebut .. Thanks ... Dan AlhamduliLLah ...

~ KAU HADIR ~

Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa

Kuterima segala
Apa yang diperduga
Dan kini kubersedia
Hadapi hari muka

Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria

Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba

Moga kekal sampai bila2 .. amin ... terima kasih  ...

WaLLahuA'lam ...

Posted at 8/23/2006 12:18:18 am by sayangcombi
nak komen?  

Don't buy Vista Security
Next Page